SHout

25 April 2014

Sambung Belajar Episode 1


Disebabkan line wifi yang agak membuatkan aku terasa nak baling segala natang yang ada dekat dengan aku ni, so aku decide taknak la upload gambar aku dalam entry ni..

eh ! macam ada orang nak tengok muka kau .______.

Agak menyampah tak dengan aku punya mukadimah tuh? aku tahu ayat aku best *sila muntah -.-

Well, ini alia la, segala puitis bahasa melayu dalam gengaman okay *muntah lagi

Haaa ~ dah biaq p kat atais tu, waste time betul, lain kali blablabla~ hahah. ok macam takde isi penting ja kan.. cemni la, aku sendiri pun dah teruja bagai nak gila ni punya semangat nak update untuk entry ni, cer bagi tahu aku siapa yang tak suka sambung belajar? nenek aku punya kawan pun nak belajar lagi tau even dah veteran gituhh ~ muehehe.. 

Bila cakap soal sambung belajar ni, memang best, segala galanya di plan dengan baik sekali, tapi siapa la kita ni, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan, macam org kata jugak la, "when Allah say no, nobody can say yes" hmm gituhh ~ 

Sini la aku nak story sikit, kalau dari pengalaman aku, hampa semua kena tau aku ni lebih suka belajar dari buat keja, bijak bukan? haha.. lol -,- tapi masa aku zaman kekanak yang tak berapa nak kenal dunia tuh, perghh, lawak ok.. tiap kali cikgu tanya "cita cita kamu apa?" hmm dengan lancangnya aku jawab "polis !" caitt , polis konon, cikgu panggil kawad langsung aku larikan diri.. haks, amatlah jahat.. hahah

Lepas tu, naik form1, ala, ni set set baru nak up. hahah.. bukan aku ok, aku jenis yang low profile, cantik, ayu.. sekali sekala puji diri sendiri taksalah bukan ? dah masuk form1, pun cikgu nak tanya cita cita apa, cait.. aku main belasah ja.. cakap apa yang ada dalam pala hotak la katakan.. so dengan sopan santun aku jawab nak jadi seorang doktor.. well, cita cita paling femes ok.. satu kelas pulak tu nak jadi doktor, had yang tak reti sains dengan math pun nak jadi doktor.. agak pelik jugak kat situhh.. hahah, copy paste la katakan..

Then bila masuk dah form4, aku dah mula la terpikir, aku nak jadi apa suatu hari nanti? aku nak kerja apa? nak sambung belajar pasal apa? apa? apa? nak jadi doktor dah memang confirm tak boleh, sbb tak ambik bio..actually, takde la sampai sakit otak aku mikirnya pun.. haha.. aku nak pikir teruk teruk? memang tak la kan.. aku just fokus on my study.. bukannya nak menunjuk atau riak, tapi memang saja nak share pengalaman, aku belajar sehari 16jam sehari, bagi aku itu pun dah cukup sangat buat aku terasa nak tumbang bebila masa, tapi aku ni jenis yang tak cepat melatah.. hamboi.. hahah

Dan bila habis ja spm, baru la aku decide something untuk masa akan datang.. dengan result spm yang aku dapat, aku terfikir la, sejauh mana aku mampu belajar, eh, kalau nak sambung degree pun mereka still tengok result spm ok.. even pointer uolls tinggi melambung atau 4flat sekali pun tapi kalau result spm uolls down, mereka akan pikir 2-3 juta kali jugak la untuk ambik jadi student mereka.. aku bagi tahu ni pun sebab ada senior yang cakap, aku just sampaikan ja.. agak macam nak marahkan ayat aku? aku memang taklayak jadi seorang cikgu, ok tetiba

24/4/2014 pukul 12.01 result untuk matriks dengan tingkatan enam keluar.. aku punya excited bagai nak mamfus sampai taksanggup nak tidur la malam tadi.. haha.. syukur alhamdulilah, aku dapat form6.. aku tahu akan dapat form6.. keyakinan dalam diri perlu ada, tapi jangan sampai terlalu mengharap ya.. berdoa la bebanyak.. Allah sentiasa dengar doa kita, Allah takpernah tidur, takpernah jemu dengan doa dari hambanya =') even, dapat form6 ni pun aku dah terasa bersyukur sangat pun, tambah tambah ada pulak ura ura menyatakan student stpm lebih dipandang dari student matriks untuk sambung degree..bukan nak ckp student dari matriks tak okay, please la jangan nak kondemm aku.. haha..

Congratulation kepada mereka yang dapat tawaran belajar sama ada matriks atau form6 atau kolej atau universiti.. dimana pun kita belajar, kalau memang niat kita nak belajar, In Shaa Allah, kita akan berjaya.. Berusaha, Berdoa, dan Bertawakal =)

Ada jugak la someone yang berminat nak tahu, aku nak sambung form6 ke tak? eleh hampa yang tengah baca ni pun mesti nak tahu jugak en? haha... tau dah.. buat masa sekarang ni, aku belum decide apa apa lagi.. sebabnya dalam kepala hotak aku, aku just nak tunggu result UPU dulu, kalau result UPU ok, macam ipta dapat kos yang aku nak, then aku akan teruskan la.. kalau tak dapat ipta, aku tunggu politeknik pulak, kalau takdapat jugak baru aku akan masuk form6 dalam masa yang sama aku akan tunggu untuk SPA.. ini bukan kategori tamak ok.. mohon faham okay -____-

Kalau susah sangat, aku akan pujuk mak ayah aku nak masuk ipts la jawabnya.. haha.. taktahu la kenapa aku terasa nak tersangat nak masuk picoms.. gila macam best sangat ja aku baca blog akak abang senior yang belajar kat sana.. haha.. alangkah bestnya kalau dapat masuk sana, then ambik kos fisio pulak kan.. perghhh ! bestnya =') tapi itu just angan angan yang hanya aku boleh rasa dalam mimpi dan khayalan.. hmm.. sedih..  =(

Haa, hampa mesti nak tau kan cita cita aku apa skrg ni? haha.. cita cita aku ialah aku nak belajar something related to medic.. macam nurse, MA, dokter dan so on la.. haa, may be sbb aku pernah jadi pesakit kot, dan may be jugak aku akan tahu macam mana nak handle pesakit..pray for me ya =') aku taktahu la kenapa aku nak sangat belajar aliran ni sekarang even aku ni hantu yang tersangat penakut dengan jarum darah, paling menyampah masuk hospital, klinik, paling taksuka jumpa dokter, paling sakit hati bertemu dengan ubat.. parah bukan ? hmm.. hahah.. takpe la.. dah aku terasa nak belajar ni.. may be otak aku dah tak larat nak bermain dengan nombor lagi kot.. haha.. 

Setakat ni je la kot.. haha.. sekian =D






Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

11 April 2014

Congratulation =)


Dah kenapa pulak nak tahniah tahniah bagai ni, tajuk entah hape hape la alia ni.. kepelikkan betul. amboi gituhh.. hahah.. well~ I just want to say congratulations to those who got an offer for further study.. sekarang ni tengah femes pasal tawaran IPG.. apa ipg ni? Institut Pendidikan Guru derr .. tahu dah ? kbye

Actually kan, aku taktahu apa kebenda natang la ipg ni, amboi ceteknya pengetahuan kau alia, teruk ! tapi lepas aku buat research..hmm baru aku tahu.. apa ke benak sangat -____- aku dapat tahu pun sebab exclassmate aku post dalam pesbuk katanya dia dpt offer ke ipg ni.. so dari situ la aku mulakan penyiasatan, yang kononnya macam FBI ok.. haha, ok tak lawak.. oh ya, tak lupa juga, rakan facebook aku yang dihormati.. ALIA SYUHADA .. aku rapat dgn dia pun sbb dia tersangat la friendly nak mamfus.. seriously best ada rakan facebook macam dia ni.. happy indah ja hidup aku.. meriah sangat.. hmm. iloveyou alia.. nama kami sama ok.. (ini penting haha)

comel kan budak alia ni? budak? hahah.. maaf Miss Alia =D
Apa apa pun alia syuhada, sorry rembat gambar awak, sorry tempek gambar awak dekat blog saya, bahkan siap edit bagai siap letak wnfa96.blogspot.com lagi tuh, ok melampau.. sorry, and tahniah jugak untuk awak sbb dapat offer itu,. moga ada rezeki awak untuk jadi seorang pendidik utk masa akan datang ya.. loveyou.. satu lagi, mesti awak bangga kan saya letak gambar awak dalam blog saya, ahaks, kbye

Tapi kan aku dalam masa yang sama kan, aku rasa down sangat, eh? sebenarnya aku masih dalam dilema, amboi gituhh.. yela, kalau nak diikutkan rasa minat aku terlalu berharap dapat jadi seorang chef, so of course la kalau boleh nak sambung belajar pasal yang berkaitan chef ni, but at the same time, my mom dislike it..otokae =( haaa ~ kan dah keluar bahasa korea.. sedih gilakk kau.. mak aku nak sangat aku sambung belajar dalam bidang nurse ni.. hmm about nursing ? are you really ? aku ni dah la takboleh pandang langsung ubat ubat ni.. naik loya.. amboi melampau nampak,, then sepupu aku berharap daripada sambung nurse baik sambung medical assistant ja.. pilihan aku, aku just apply akaun, nurse and medical assistant, see? akaun jugak no satu.. tapi itu la.. aku tak ambik subjek akaun dulu.. hmm past is past alia.. its k la, kalau dapat antara salah satu tu pun aku dah bersyukur.. I know Allah has a best plan for me.. 

Tapi itu la, kau ni alia, dari tadi duk tapi tapi.. pasaipa? ok pehliss jangan menyampah.. aku memang macam ni, kbye.. aku terlalu la memerlukan banyak nasihat dari orang yang ada pengalaman ni, nak jugak tahu mana yang ok mana yang tak ok, mana yang baik mana yang jahat, eh? hmm.. aku cuma perlukan nasihat, then aku buat dengar macam tak dengar ja.. sakit hati ? hahahahaha.. jahatnya alia ni -_______- 

Ada orang yang bagi nasihat tu, siap perli lagi, apahal? come on la manusia.. awak pun manusia biasa, kita semua sama ja,, buat apa nak perli bagai ? pikir bagus ka ? macam kata diri sendiri ja alia ? ahaks..

Motif letak gambar sendiri ? kbye












Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

7 April 2014

Tungging Terbalik !


Hai fellas, hmm, mood saya betul betul betul tak berapa baik, terasa bila bila masa ja akan mengalirkan air mata.. eh apa kena mengena pula? erk.. well, aku kalau dah takboleh nak sabar memang menangis je la kerjanya.. tapi sayang, orang yang aku sayang jarang boleh teman aku, kalau nak call pun pikir berjuta kali, malas nak kacau dia la katakan.. aish.. taksemena mena pulak.. ok stop it pasal dia.. who? nevermind.. ignored it -.-


bermulanya pagi aku dengan mengadap kek yang sedap ni.. hmm, nyum nyum.. actually, kakak aku baru balik kerja, then dia kejutkan aku untuk makan kek ni.. yeah ! konfem la aku bangun kan.. nak bolot kek semua la katakan.. amboi tamaknya kau alia -_____- dengan rasminya pun aku bersarapan dengan kek ni.. tersangat la taksesuai masanya.. ada ke pepagi orang breakfast mkn kek ? mohon la memahami, aku memang obses dengan kek la.. minat sangat.. haha..

Ok dah habis cerita pasal kek, cerita pagi, ni nak masuk happy lunch hour.. yey! biasa la aku, pepagi pun dah mengadap komputer adik aku, laptop aku malas sayang nak on,, puiii, nampak tak aku memang saja nak guna hak milik tak kekal adik aku? hmm, baguih kan dapat akak macam aku? haha.. well ~ ok jom kita teruskan, abaikan soalan aku yang mengarut tu.. so macam biasa la, aku logout adik aku punya pesbuk, takkan aku nak guna akaun dia pulak, kang aku buat benda jahat nanti, foinee ! kejam sangat aku ni gamaknya. haha.. sambil layan lagu akon, aku pun online pesbuk.. tetiba ada orang pm aku.. eh.. konfem aku kenal kan.. hahah.. dengan tak semena mena tanpa rasa bersalah dia promote buku 'karya Ben'... mula mula tu aku tak dak rasa minat pun.. sebab aku jarang baca komik semua ni.. dulu ada jugak layan komik dekat sekolah.. pinjam sapa punya entah.. haha.. best ! lepas tu aku dah jarang layan dah .. entah la kenapa.. lepastu aku rasa nak layan balik, lepastu kan aku rasa nak kumpul semua siri siri komik, kalau sanggup nak berhabis duit beratus ratus pun aku sanggup, beratus ratus je la,, ribu riban takdaknya aku keluarkan.. hahah.. so far kalau aku dapat gaji memang aku akan simpan sikit untuk belikan komik kejadah semua ni.. ala kalau nak sopan sikit.. orang kata nak beli bahan bacaan dikala bosan gituhh.. tapi tu la, lambat pulak ayah aku nak bagi gaji nya.. 

Dalam aku nak cerita pasal buku ni.. sebenarnya aku pun taktahu wujudnya buku si karya Ben ni.. biasa la, yang aku tahu komik naruto, conan, lawan lawan.. haha.. kunonya.. pastu tetiba pulak abang tu promote dekat aku, langsung aku rasa minat terus.. haha.. 

dari google, kbye

Next, aku nak story pasal adik aku balik sekolah.. hmm, pasal adik balik sekolah pun nak cerita dalam ni.. yela.. suka aku la -____- dia balik jam 2 petang.. ok mak suruh aku ambik, aku memang takkisah pun, then pukul 1.50 ptg mak dah suruh pergi, ai balik pukul 2 ptg, awal benar suruh pergi ambiknya.. ok aku takbantah, mak aku sibuk hari ni nak pergi memancing.. wahhh, hebat kau.. haha.. ok aku start moto then pergi la sekolah pukul 1.50ptg, memang masa tuh ramai student la keluar sekolah, memang masa balik pun.. aku dengan senyuman yang tak putus putus yang asyik ditegur oleh junior cecomel ni.. hahah.. eh kak alia la ! lama tak jumpa, rindu kak alia la.. eh kak alia dah bambam, eh kak alia.. eh eh eh.. hmm, jangan la cakap akak bambam,, akak sedih tau :'( ok dah cukup..lepas tu aku tunggu punya tunggu, mana budak ni, batang hidung langsung taknampak.. dah la panas.. takkan aku nak tunggu dalam sekolah pulak, amboi gituh.. takpa la, adik punya pasal, kakak sanggup tunggu.. ok 15minit tunggu still tak keluar, foinee ! aku singgah rumah kawan aku, tunggu adik kawan aku balik, sebaya la katakan.. so aku tanya adik dia,, then dengan lancar dia jawab, perjumpaan. ok ! ni yang buat aku menyirap nih.. ok la.. aku sembang sembang.. dalam 2.40petang aku balik sekolah balik.. tak nampak jugak batang hidung dia.. ok la, dah panas sangat, aku beli milo ais.. sedap ! cool la sikit.. then tunggu lagi,, sampai la pukul 3.10petang.. ok taknampak jugak.. memang aku blah terus habaq hang.. potong habis, menyelit sana sini, laju gila aku bawa moto, syukur alhamdulilah aku masih lagi bernyawa.. sampai ja rumah memang bising la rumah tu.. tengok tengok adik aku dengan muka innocent dia,, lagi terasa nak hempuk kepala dia dengan helmet ! arghhh ! menyakitkan hati bukan ? memang bernanah la telinga hang dengan aku marah kan? padan muka tu la >______< ok aku faham cerita tak best, tapi suka aku la nak story apa pun, ok the end 


Lastly, hari ni memang hari aku nak marah orang, memang mood aku tak terkawal langsung la.. hafiz, sorry, saya takmampu nak kawal :'(

Dan jugak, aku baru perasan tajuk aku tak ada kena mengena langsung dengan entry ni, hmm, maaf saya taktahu nak letak apa, jadinya saya hanya mampu belasah ja.. ok ? sekian..

Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

4 April 2014

Dodol Kami


Yeah ! eventually, I've done read my novel ! yuhuuu.. hmmm, hmmm, hmmm, abang nak novel lagi boleh ? please.. tahun depan beli lagi tau.. hahaha.. ok, let me explain 1st, actually Im really really miss my brother so much ! bila dia nak cuti sem nihh, lambat bebenor :'(

Nampaknya mukadimah I tersangat la takdak kena mengena dengan my tajuk yang suci lagi murni nih.. ok, nevermind.. sini.. entry sebelum nih aku dah kata dalam entry kan, kalau aku tak ikut mak aku pergi untuk buat dodol tu, konpem dodol tu taksiap kan ? well ~ aish, bangganya saya.. haha, gedik ! takdak la, mohon la jangan percaya apa yang aku katakan, segala galanya dusta belaka, alia, mohon insaf la -,- 

ok stop it, semua itu mengarut, haha, actually jugak, ini adalah kali kedua family aku buat dodol untuk tahun ini la, sebabnya, kali pertama buat, dah tetiba pulak muncul customer, katanya nak order, sedap maybe... dodol ini dibuat secara gotong royong, so takdak melibatkan mesin yang mahai mahai tuh, owh biasa kami memang suka gotong royong gini, dapat merapatkan silaturrahim gituhh ~ how sweet :') disebabkan pemintaan banyak, so aku pun bertungkus lumus menyiap kan dodol tersebut, eh ! jangan nak menipu ok alia.. setakat kacau sejam ja, baik takpayah.. eh ! kira ok la sejam.. dari aku kacau 60minit ja ? hahaha.. lantak kau la.. atleast aku tolong.. haha..kbye 

Baru nak mula, pukul 10 pagi, ok nak bagi tahu jugak jam pukul berapa -____-

dah separuh jalan, entah la pukul berapa, eh . tadi pulun sangat nak bagi tahu, caitt 

Kira ok la letak gambar sepupu kesayangan nih, haa~ besar pulak aku tengok gambar ni, its k, btw, agak keji tak? hahah... miela, mohon jangan berlagak kembang la.. hahah

Hmmm, nyum nyum, siap sudah.. :D

Bila dah siap, haruslah dipacking untuk para customer yang dihormati semua ini pun adoi.. 

Aku taktahu la pukul berapa siap, sebabnya aku blah awai lagi, haa~ teruknya perangai.. well, aku ada sebabnya jugak.. aish.. keja nak mengata orang ja.. serupa hang jugak la alia woi -.-
kbye :)






Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

3 April 2014

Calm down


Well, siapa tak kenal dengan sikap aku yang agak baran ni.. tapi aku still dapat bersabar kalau ada orang buat aku tenang.. yeah ! itu la alia.. dulu dekat sekolah siapa tak kenal senior yang garang tak bertempat ni.. bukan nak kata aku famous atau apa.. tapi ada la sikit.. ahaks.. 

1st thing yang aku nak story kat sini ialah pasal employee caltex.. actually, dia tu sebaya aku ja, aish.. macam mana la boss tu ambik employee yang agak kurang hajar tuhh.. story dia begini, maybe dia kurang hajar sbb muka aku masam sangat kot.. eh ! aku customer ok.. atau dia takut tengok muka aku yang comel ni ? haks , perasan ! >_______<  memula tu, masa dia nak masukkan tiub tu dalam tank moto dah tumpah sikit.. eh tiub ke? arghhh ~ ignored it, aku taktahu nak sebut natang apa.. masa tumpah sikit aku takkisah, biasa la manusia, semua orang buat silap.. conversation aku dengan dia ..

aku : penuh
dia  : penuh ?
aku : ya la, takdengar ka ? (ok garang -,-)

Mesti dalam hati dia cakap, garangnya minah ni..well, aku memang.. macam mana la syafiq boleh terpikat.. haha.. ok takdak kena mengena -,- lepas tu, masa dia tengah isi tu, aku taktahu la muka dia gimana, sbb tak pandang dia langsung.. aku lebih fokus pada tank moto aku. hahah.. kenapa aku perlu pandang muka dia ? ingat aku dh jatuh hati dekat dia ? muka dia ? segak la jugak.. manis orangnya.. ok sempat lagi tuh.. anugerah ilahi la katakan.. taksalah nak puji dengan ikhlasnya .. hahah.. ok dah full.. bingo ! but masa dia nak tarik tu keluarkan tiub tu.. tumpah lagi minyak, bukan sikit, bukan setitik, tapi banyak ! banyak ! wahh ! kau buat mood aku spoil la bro.. dalam fikiran aku kata, kenapa perlu dia yang isi tank moto aku ? kenapa dia? arghhhh ! habis bau minyak ! 

aku : ada air tak? tolong siram, bau la..
dia  : air takdak, tunggu hujan la..
aku : hang ingat lawak ka mangkuk ? 

Silap la kalau hang nak main dengan api -,- kang terbakar hangus badan hang ! arghhh ! tension ! dah la aku baru bagi babyboo ni mandi.. hamboi, nama nak gempak saja kau alia -______- dah la takcakap berapa.. aku sendiri pulak nak teleng kepala aku tengok berapa kena bayar, caittt ! nasib tak putus leher aku.. lepas bayar aku langsung blah dari situ.. menyampah betul tengok muka mamat poyo tu.. 

2nd thing aku nak cerita pulak pasal orang yang bercinta nihh, haa ~ tempias aku jugak, but better u read 1st what i wanna to story before u tunding jari awk yang comel tu dekat sy ok.


haa tuh ~actually aku bukannya nak busybody, tapi memang pun.. agak la nak sweet couple pun,itu semuakan hal hal privacy kita, kalau nak i lap u bagai pun, dalam chat sudah la.. kan tak elok kalau adik aku baca ni, kang tak pasal pasal adik aku terikut sama, hamboi, pikir adik kau ja? adik org lain? i mean.. all of us la.. aku rasa umur depa ni pun baru setahun jagung.. taktahu la jagung asal dari mana, tolong la, tolong la.. prihatin la sama.. aku pun bercinta jugak, In Shaa Allah, tak lama lagi aku bakal jadi isteri orang, but takdak la pulak aku nak bersweet sweet dengan bakal suami aku nih.. wahhh ~ pulunnya alia nih nak bagitahu -______-

The last thing is esok family aku nak kacau dodol, la hai, baru aku pikir nak luang masa tangok runningman, arghhh ~ ada kerja la pulak.. its k, aku tahu, kalau aku takpergi esok, mesti dodol tu taksiap.. hmm, ok esok aku pergi.. dont worry moto lc sentiasa menemani aku kemana jua.. yeah! mak, duit minyak jangan lupa ye.. sayang mak ngat ngat ! euww~ muntah hijau +.+

So the lesson dalam entry ni, yang teramat la ditujukan utk aku.. hmm, alia, better lepas ni selalu la tenang k.. jangan nak marah ja keja hang -..- okbye


Rembat dari google kbye -_____-

Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

2 April 2014

Memang aku terasa, so?


I dont know how to start this entry, but aku kena juga wujudkan entry ni.. actually, aku aku aku.. arghhhh ~ stress ! story dia macam ni, err macam ni.. sorang makhluk Allah ni secara tidak langsung macam dah aku tak kenal siapa dia.. seriously, who I am for u right now ? tolong la jangan bebankan fikiran aku, kita pernah bergaduh ke? eh buat tanya boleh alia ni -,- tapi tapi tapi, itu dulu.. tolong fahami aku..aish, masalah !

Hmm, aku sebenarnya takdak la desperate sangat nak kawan dengan hang, cuma dalam Islam kan, memang tak elok kalau bergaduh sesama saudara.. eh.. even kita tak gaduh pun, tak boleh ke kalau kita bertegur secara informal? susah sangat ke? nak kata aku tak puas hati? ya ! memang aku tak puas hati ! aku terasa nak ja hantar mesej berduyun duyun dekat hang.. biar hang sampai rimas, sampai give up, sampai block number aku ! tapi tapi tapi aku takdak keyakinan la pulak nak buatnya.. eceh, ayat kemain kau alia, padahal hampeh -_____-

Aku sedar, aku dah banyak buat salah kat hang, terutama yang melibatkan hati perasaan, tapi hang jugak kena faham, aku jugak manusia biasa.. kalau mesin yang hebat pun buat salah, apatah lagi aku.. semua orang buat silap weh.. takboleh ke kita baik macam dulu, even tak rapat macam dulu, atleast kalau tegur pun, jangan terlalu formal, aku terasa teramat la janggal sampai taktahu nak cakap la.. bayangkan hari tu kita chat, arghhh ~ aku macam syok sendiri, macam tengah bercakap dengan orang yang entah la.. kecik hati aku.. ahaks.. please la.. jangan la layan aku macam aku ni tak layak langsung nak dapat kemaafan dari orang macam hang :'(

Kalau nak tahu, dalam kepala hotak aku ni, memang ada la jugak niat nak berborak kosong dengan hang, kononnya nak tanya khabar, ambik berat sikit.. hmm, ayat macam tak ikhlas ja ni kenapa ? suka aku la -,- tapi tu la.. respon yang hang bagi teramat la aku rasa nak buang terus dari hidup aku.. hmm elok elok aku nak berbaik seperti sedia kala.. macam ni pulak hang balas.. ok.. kita ikut cara hang ok.. but, make sure, dont stalk me anymore.. please ~ aku tahu.. hang selalu stalk aku kan? hahahah.. kau pikir aku taktahu? aku bukan bebudak la.. dah masak pun dengan sikap hang, dah hangus hitam pun... tapi kalau ada orang marah aku, konfem, aku menangis, ai.. tadi kemain kata bukan bebudak lagi.. pirahhhh !

Aku jugak tahu, 40% tweet anda pasal saya :'( kenapa ? kenapa ? aku terasa la.. serius aku terasa.. tapi memang betul pun kan hang tuju kan kat aku ? kang dia tuju kat orang, kau jugak yang malu alia woi >___<  takdaknya , dia memang tuju kat aku.. hahah.. biar la aku perasan sekali dua kali kala.. taksalah pun.. eh .. mcm tu pulak? hmmm lantak la.. satu ja nak kata... jangan benci aku.. yeah ! lagi bagus kalau hang sendiri yang baca entry ni.. tapi siapa la aku ni kan,, untuk hang jejak dekat blog yang kusam ni.. hmm. aku sedar.. caittt ~ dah stop !





Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

1 April 2014

Finally ! I got it ! Thanks ya Allah :')


Hey peeps ! hey ! hmm , lama kita tak jumpa :) u know me right? u still remember me right? right? right? dont you? arghh ~ ignored it, iloveyou.. hahah.. Actually, dah bulan April, what a suprise ? omg.. sedar taksedar dah masuk bulan April, alia ! please wake up ! tidur ja keja hang kan ? caittt ~ ada orang tanya, kenapa entry bulan Mac takdak pun? dah aku tak post entry, tanya lagi kenapa takdak -,- aish,, cer la tanya soalan yang mencabar, semangat la sikit aku nak menjawabnya.. 

hamboi, ikhlasnya jawapan kau alia >____<

hmm, sebenanya aku nak tunjuk ni ja.. haha.. tapi terpanjang pulak aku punya mukadimah, biasa la ayat.. Seriuosly ! aku taksangka ini result yg aku dapat, rasa taksangka sangat bila nama aku disebut sebut oleh cikgu yang khachak lagi menawan hati para pelajar yang taktermasuk aku tu.. aku rasa nak pengsan.. *ok drama ja lebih kau ni alia -,-

Even A- ja banyak kan.. bukan 'JA'.. memang banyak pun.. tapi aku tak kisah la, aku bersyukur sangat dapat naik pentas dan bersama dengan pelajar yang sememangnya cemerlang tuh.. hmm, Im proud with my result :') ala, kalau nak tahu, aku memang suka sangat calaih A- nih, sejak dari aku form4 lagi.. hmm, eh ! kau ingat senang ke nak dapat gred A? tak kisah la A+ , A , A- .. asalkan abjad A ja,, ingat senang ka ? tungging terbalik aku study, dengan tak cukup tidurnya, dengan tak makannya, ok itu tipu ~ alia tak makan ? hahah, memang mati la orang dekat sekolah kena kokak dengan aku ! hahah.. segala usaha aku, bayangkan, masa tahun aku form4, aku start belajar bulan 4, masuk tahun aku form5, sebulan lebih aku takpergi sekolah, semuannya sebab sakit yang aku alami, seriuosly perit ! bertapa jelesnya aku tengok orang pandai dari aku, hahaha,, alia memang iri hati, eh, atleast aku bukanya kacau depa study pun ... aku memang tak care pasal orang , kang ada pulak mulut mengata aku, cakap "jangan jaga tepi kain orang la" itu la, ini la... nak senang cerita, sesenang ja orang akan chop aku "busybody" .. wau ! Im not like that ok, tak kuasa aku..

Pertama tama kalinya, aku nak kata, aku tersangat bersyukur sebab mampu beri result yang agak cemerlang bagi la aku untuk my beloved parents ! takputus doa yang aku mohon kepada-Nya, akhirnya ini la segala hasil titik peluh aku, terasa segala yang aku buat tersangat berbaloi.. syukur alhamdulilah :')

For my MakAyah, that my result ! thanks sebab selalu support sy, sanggup keluarkan duit untuk beli buku yang sy nak, even takdak duit sekali pun, mak ayah still nak tolong belikan, hmm.. sy dah buat yang terbaik, moga mak ayah bangga dengan result ni.. iloveyousodamnmuch :')

After dapat ja result ni, teramai la pulak yang soal, nak sambung apa, nak belajar apa lepas ni, nak masuk U mana, cita cita apa, hmm, mohon la aku sendiri pun stress nak pikir, okfine aku jawab, eh ! alia, boleh tak kau ikhlas sikit nak jawabnya? hmm. baik kekawan ku disayangi, saudaraku dihormati, hmm.. sebenarnya, aku ingat nak sambung belajar pasal nurse ja,, yeah, Diploma in Nursing ! haha, mak aku teramat la asyik terkata kata suruh aku ambik nurse, seriously, aku takminat langsung segala jadah yang ada kaitan dengan ubat, jarum, darah dan so on la.. aish, alia... tapi tu la orang kata.. apa yang mak suruh tu adakalanya akan memberi kebaikan untuk kita pada masa akan datang.. tapi aku ingat nak sambung accounting ~ eh ~ semua kau nak belajar kan alia, tamaknya -,- arghhh ~ stop la soal aku dengan soalan macam ni lagi, biarlah aku sendiri yang buat keputusannya, hahaha.. haha? happy ke kalau cakap pasal ni? kau ni alia, pelik betul la >___<



Ok nak jugak tempek gambar sendiri, eh, kenapa dengan ada nama syafiq ? eh, eh, eh, itu nama yang aku rindu.. syafiq, Im really miss you dear.. ala, gedik lebih la kau alia, syafiq cool ja, kau pulak yang lelebih.. eh, suka aku la, sibuk ja -,-








Terima kasih sudi baca Entry Ini :)