SHout

30 March 2013

Mereka tanya 2 ~

hi

Apabila aku disoal lagi , btw aku memang selalu sangat dah disoal , muka aku nie dah matang sgt kot . dah nampak macam aku nie banyak pengalaman ja , but sokay la , for u , I'll do my best dear ! aku rasa , semua orang ada pendapat TERsendiri , so tak kira la ap jua persoalan yang dikemuka , mesti dalam diri kita ada jawapannya , cuma kita nak dengar pendapat orang lain , lagi banyak kita tahu , lagi banyak la pengetahuan kita , rite ? haha , pendapat aku ja la ..


Assalamualaikum , terima kasih kepada penanya , pada aku , lelaki nie ada banyak sifat , ala serupa ja dengan perempuan nie , cuma lelaki nie terlebih ganas baq kata orang la , adakalanya lelaki nie manja baq hang , TERserlah sifat dia yang manis tu . lelaki akan mudah cemburu bila dapat tahu girl dia kawan rapat dengan lelaki lain , dia akan mudah marah bila girl dia buat benda yang bukan-2 , dia akan mudah marah bila girl dia buat sesuatu yang dia tak suka , and blablabla la , sendiri pikir la , sebenarnya banyak cara nak melawak pon , kadang-2 kita melawak tak ada la teruk mana pon ,  tapi si lelaki nie pulak over terasa , sebab apa ? sebab dia nak manja , dia nak orang yang dia sayang pujuk dia , dia nak tengok sejauh mana girl nie setia dengan dia , dia nak tengok sejauh mana girl nie sayang dia .

Kita sebagai perempuan kalau boleh jangan la melawak dalam keadaan PERLI , kesian tau , aku pernah rasa , dats y aku kata jangan , hahah , kadang-kadang juga , kita selalu nak buat kekasih kita cemburu marah bagai , tapi kalau dapat yang jenis panas baran macam mana ? baru nak start bagi dia jeles , dia dah merajuk , see ? manja kan lelaki nie ? sebenarnya semua lelaki manja la , cuma dia tak nak tunjuk and suka nak nafikannya . nak melawak pon kena la tengok mo0d dia juga , hamboi kau , tak kan la nak melawak masa dia tengah marah ? dah la terbakar kau siram pulak minyak , tak ke nak kena panggil bomba untuk padamkan api tu , apa lah , hati hati la nak melawak pon , oh ya ! jangan la melawak sampai boleh buat dia sakit hati , jangan la melawak sampai dia sedih , kesian dia ~ ok la , btw banyak lagi pendapat aku , tapi arn , sampai tak TERkeluar la idea tu , sebab byk sgt nak cerita kan pandangan aku tu . .  

Sekian dear  ~ 





Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

29 March 2013

Polkat dot ~

hi

Hey pembaca blog sekalian ~ saya rindu awak yang sedang membaca nie , hik ! tadi aki wif my sisters wif beloved mother buat kueh polkat dot , uuuuu ~ nak kata easy tu pon boleh la , sebab nak buat dia tak ada la renyah bagai , just memerlukan kepakaran untuk menghias dot dot tersebut . pakar mcm aku ~ hahah , aku rasa malas pulak nk melalut panjang-panjang , apa kata , hampa tgk ja gambar kat bawah nie , 













ok ~ settle dah ! haha . comel tak polkatdot kami ? haha , 

Sekian 





Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

27 March 2013

Mereka Tanya ~

hi

Hey Orang dikasihi , apa khabar ? sihat ? semoga sihat-sihat selalu ye , Aminn~ Ok ! ini first time aku nak kongsi sesuatu . hik . ada seorang junior aku tanya . 

"kak Lia kenapa malam *** rasa tetiba nak menangis , dan tanpa sedar tetiba airmata mengalir , kadang-2 juga bila *** teringat org yg *** syg pon *** menangis , Kenapa yea kakLia "

Kenapa syg ? kenapa tanya akak ? akak pon tak pasti , muehehe ~ tak pa aih , sini akak jawab . anyways , kita kan perempuan , semua orang tahu perempuan ada hati yang lembut , sekeras mana pon dia bertahan , setinggi mana pon dia ego , dia tetap menangis . maybe bila tibanya waktu malam , nak2 waktu nak tidur , kita selalu Terfikir saat kita bersama orang yang kita sayang , kalau tak ada pengalaman pun maybe kita teringat nasib kita suatu hari nanti , nasib keluarga kita suatu hari nanti , Tapi kebanyakkan mesti teringatkan kekasih lama , KONONNYA ~ hik . yela kan , bila nak tidur time tu juga la kita nak teringat dia , asyik terfikir , bila nak tidur mesti mesej dgn si dia dulu , bila nak tidur mesti on call dgn si dia dulu , dgr bisikan kalimah cinta dia bagai , dan blablabla la kan , tapi skrg semuanya dah tak ada , sebab apa ? jodoh tak panjang gamaknya , so apa boleh buat ? berdoa ja la supaya dia dapat yang lebih baik . tapi kebanyakkan perempuan jarang la nak menerima hakikat bahawa kekasih hati dia dah pergi or dah ada orang lain maybe , haha . apa yang perempuan boleh buat ? menangis ja yang dia mampu , menangis dan menangis sampai la dia tertidur , perempuan selalu merasakan , apabila dia menangis dia dapat mengumpulkan semangatnya yang hilang entah kemana tu , lelaki selalu kata , "eleh! perempuan manja memang macam tu , asyik nak nangis ja kerja dia" oh shit ! siapa yang kata macam nie ? meh sini aku nak tikam hang dengan kayu ! Para lelaki kat luar sana , u must know , seorang perempuan or wanita pasti akan menangis saat orang yang dia sayang marah dia or tengking dia or maki dia , or wateva la , perempuan cepat sgt tersentuh , mereka bukan hati batu , lain la lelaki , luar ganaih tapi dalam hati ada taman bagai , itu pon kalau taman tu bersih , tapi perempuan ? hati mereka ada kapas , eh ! ye ka ? ah lantak la , haha . perempuan memang payah sgt nak lupa orang yang dah buat dia gembira suatu ketika dahulu , perempuan memang payah sgt nak lupa kenangan dia dengan si dia , perempuan kalau dah syg , dia tetap syg walaupun lelaki tu dah berkali kali sakitkan hati dia , macam aku , yuhuuu ~ haha . so , bagi aku la , yang lepas tu lepas la yea , tak salah kalau nak nangis , tapi perlu ka nangis untuk orang yang tak pernah ikhlas dengan kita ? mula-mula tu memang la setiap malam menangis ja , setiap masa teringatkan dia , tapi cuba fikir , dia teringat tak kat kita ? dia menangis tak kat kita ? kalau dia ikhlas mana mungkin dia nak pergi dari hidup kita macam tu ja , tepuk dada tanya la diri sendiri , eh ! betul ke peribahasa aku nie , haha . kuatkan semangat menempuh cabaran ea , jangan pernah putus asa , Allah tak suka hambanya yang cepat putus asa ^^


 Sekian semua :)








Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

25 March 2013

Cerita ini...

hi

Hey peeps ! aduhai , lama gila baq hang tak hupdate belog purple , almaklum la calon espiyem ~ dengan itu la ini la , sampai nak on laptop pun tak sempat habaq hang , erk . apa khabar ea ? sihat ke ? hope sihat la , btw happy HOLIDAYs ! walaupun dah lama start , tapi aku peduli apa , lantak aku la nak wish apa pun kan ? tralalalala ~ disebabkan lama tak update , so aku gagahkan jugak la updatekan , lagi pun aku memang byk sgt nak ceritakan sampai tak tahu nak mula yang mana dulu la . 

Sebelum tu , abang aku baru ja balik U dia , oh my ! aku tak nak dia pergi :( sebab bila dia tak ada , aku mula rindu dia , tak ada orang nk bergaduh dengan aku , tak ada orang nak sembang dengan aku pasal bola , tak ada orang yang ajak aku tengok bola tengah-2 pagi , aku rindu saat dia ada di sisi aku , aku rindu nak dia masak meggi untuk aku , ok aku poyo TERlebih pulak ~ anyway ! doakan untuk abg aku lalui dia punya exam sem1 , moga dia dpt jawab dgn tenang , lepas exam dia cuti 2months! jyeah ! suka gilakkk ! haha ,

Cerita lain pulak , aku masuk sekolah hujung bulan 2 , dan aku baru je menempuhi alam ke'exam'am . dan terasa nak pecah otak aku jawab soalan yang aku tak belajar ! oh my ! terasa nak jerit kuat kuat ja ! aish ! tapi alhamdulilah , aku dapat juga jawab soalan tu , cikgu kami kata , "pemeriksa kertas bukannya zalim , jangan tinggal kertas kosong" so ? yang mana aku tak tahu jawapan apa , macam kawan aku kata , fikir jawapan ikut logik , hatudiaaa ~ hamek kauu ~ tapi kan , tapi kan , alhamdulilah , paper perdagangan aku dapat A , haha ., 

Cerita lain lagi , al-Fatihah untuk seorang kawan aku yang tinggal di kedah telah pun kembali ke rahmatullah , siyesli ! aku pun baru tahu hari nie , arwah pergi awal bulan 3 , arwah baik orangnya , peramah , happy dan comel . Aku kenal dia pon masa form 1 , kami masuk choral speaking sesama , tiap-2 hari gurau dengan dia , dia baik sgt ! kata kawan aku , dia salah makan ubat atau elergi . itu saja maklumat yg aku tahu , btw , aku betul-betul tak sangka . Al-Fatihah untuk Fatin Amanina ~

Cerita seterusnya , congratulation kepada semua calon SPM batch 1994 , tahniah juga kepada kak Ain Alias dpt result gempak gila ! 8A 1B+ kan ? syukur la , dan tahniah kepada akak atiey ezzati katanya dapat 7A kan ? tahniah ea ! tak lupa jugak beg oren ! haha , tahniah jugak untuk hang ! tak kisah la , dapat result apa sekali pon , kalau nak menyesal pon dah tak guna org tua-2 kata , yang lalu biarkan lalu , skrg pikir la macam mana kita nak majukan diri kita untuk masa depan yang lebih cerah , ecewah ! haha , over pulak ~ sekali lagi ! TAHNIAH ! ! doakan untuk calon SPM tahun nie  pulak ea :)

Cerita lagi , aku sering TERbaca status-status kat pesbuk , katanya bagi keja sekolah seminggu macam bagi keja sekolah sebulan , setahun , hamboi kau , apsal tak kata seribu tahun ja , aku bukan nak kata , ye la , cikgu bagi homework sebab taknak kita buang masa dengan benda tak berfaedah , kenapa la semuanya tak paham , asyik nak merungut ja kerja kau jemah ! kalau agak hang dah pandai , macam sir johnny aku kata , pergi pejabat sekolah potong nama la , easy right ? tak perlu dah datang sekolah , tak perlu dah buat keja sekolah . so , pergi la cepat cepat potong nama yea..

Cerita akhir : Sekian Semua , sayang hang yang baca nie 

            



Terima kasih sudi baca Entry Ini :)