SHout

31 December 2013

Entah


Hai peeps ! ok hari ni 31 Disember, iaitu hari terakhir untuk bulan 12 ni dan hari terakhir untuk tahun 2013 ni.. Dan kalau nak diceritakan setiap aktiviti yang aku buat tahun 2013 ni, aish konfem hampa taklarat nak baca punya, konfem menyampah, haha.. hmm, cerita sikit sikit dah la eh,tahun 2013 ni tahun yang amat best, amat pening, amat sedih, amat syok dan teramat la.. haks.. 2013 ni merupakan tahun aku seorang senior yang amat menyakitkan hati para para junior, oceh. bulan Ogos aku ada trial Spm, dan Alhamdulilah la, aku dapat 3A dari 10subjek tu.. syukur sesangat.. dan salah satu A tu ialah subjek Matematik ! haha.. aku start pulun study bulan berapa entah, haha, tapi masa bulan 11 tu, startnya exam Spm sebenar memang bulan 10 tu aku pulun gila gila la, bangun pukul 3pagi, baca buku, pastu pukul 7 pergi sekolah, pastu balik sekolah pukul 5petang, pastu start study balik pukul 8malam, pastu tidur pukul 12, dan berulang ulang ulang itu la kehidupan aku sampai la habis spm tu.. penat memang penat..tapi bagi aku, belajar lagi best dari takbuat apa, serius , aku rindu sesangat nak buat latihan math, haha..

Sekarang ni, aku hanya mampu bertawakal dan berdoa ja supaya dapat keputusan yang cemerlang, Amin :) sementara tunggu result spm, aku ada la cari kerja, tapi sampai sekarang takdapat lagi, rasa malas gila nak cari, haks.. malas gila nk tunggang moto lc aku. dah la tengah pokai, pastu kena isi minyak lagi, kena baiki itu ini lagi, euwww ! moto lc memang ngengada -.- apa apa pun, In Shaa Allah, rezeki ada kat mana mana, cuma kena usaha je kan :) actually, aku usaha ja, haha, paksu aku ada la ajak aku untuk jaga anak dia, tapi aku pulak segan la nak duduk rumah dia, haha.. so sekarang aku baru tahu, susah jugak eh nak cari kerja, hmmm..

Hari ni pulak, hari keramat buat sepupu aku yang paling hot ni, kononnya ramai sangat peminat dia, eceh, haha, nama dia Rashdan Safuan. entah betul entah tidak aku eja nama dia.. haha. hari ni besday dia yang ke 21 tahun,, hmm, besar dah dia ni, haha, dulu ingat lagi duk main aci ligan sesama kat umah tokwan, haks. dia kerja apa tu orang panggil, dresa. dokter kat klinik klinik desa tu. eh iyeke, haha. hentam je la , lebih kurang mcm tu la pekerjaan dia, ok , dia memang suka bajet hensem.. family kami panggil dia oden.. btw gua nak wish ni, haha, Selamat Ulang Tahun ya oden, wish u goodLuck, may Allah bless u always, dan moga hang insaf dan tak mengorat para nurse ya, haha, dan tolong insaf mengorat pesakit hang.. aku tahu hang segak.. hot nak mampuih.. haks, jaga solat ya, tingkatkan iman dalam diri ya.. aku sayang hang woii ~ maaf la aku curi gambar hang, btw aku rasa gambar hang yang ni paling baik pun, haha..



Ok stop pasal sepupu aku ni, esok dah masuk 2014 right ? aku tengok ramai pulak cakap pasal azam tahun baru.. hmm.. azam gua simple ja,, gua nak jadi orang yang lebih berguna :) haha.. wahai tahun 2013, tahun ni tahun yang paling banyak aku luangkan masa dengan buku buku sekalian, haks, 2013 akan pergi dan 2014 bakal menjelma .. Syukur alhamdulilah, aku masih lagi bernafas di muka bumi Allah ni, syukur la :) Selamat tahun baru semua.. 2013, I'll miss you.. semua yang berlaku dalam 2013 sangat membuat aku lebih matang , eceh . haha

Selamat Tinggal 2013, Assalamualaikum 2014 :)


Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

No comments:

Post a Comment