SHout

31 December 2013

Entah


Hai peeps ! ok hari ni 31 Disember, iaitu hari terakhir untuk bulan 12 ni dan hari terakhir untuk tahun 2013 ni.. Dan kalau nak diceritakan setiap aktiviti yang aku buat tahun 2013 ni, aish konfem hampa taklarat nak baca punya, konfem menyampah, haha.. hmm, cerita sikit sikit dah la eh,tahun 2013 ni tahun yang amat best, amat pening, amat sedih, amat syok dan teramat la.. haks.. 2013 ni merupakan tahun aku seorang senior yang amat menyakitkan hati para para junior, oceh. bulan Ogos aku ada trial Spm, dan Alhamdulilah la, aku dapat 3A dari 10subjek tu.. syukur sesangat.. dan salah satu A tu ialah subjek Matematik ! haha.. aku start pulun study bulan berapa entah, haha, tapi masa bulan 11 tu, startnya exam Spm sebenar memang bulan 10 tu aku pulun gila gila la, bangun pukul 3pagi, baca buku, pastu pukul 7 pergi sekolah, pastu balik sekolah pukul 5petang, pastu start study balik pukul 8malam, pastu tidur pukul 12, dan berulang ulang ulang itu la kehidupan aku sampai la habis spm tu.. penat memang penat..tapi bagi aku, belajar lagi best dari takbuat apa, serius , aku rindu sesangat nak buat latihan math, haha..

Sekarang ni, aku hanya mampu bertawakal dan berdoa ja supaya dapat keputusan yang cemerlang, Amin :) sementara tunggu result spm, aku ada la cari kerja, tapi sampai sekarang takdapat lagi, rasa malas gila nak cari, haks.. malas gila nk tunggang moto lc aku. dah la tengah pokai, pastu kena isi minyak lagi, kena baiki itu ini lagi, euwww ! moto lc memang ngengada -.- apa apa pun, In Shaa Allah, rezeki ada kat mana mana, cuma kena usaha je kan :) actually, aku usaha ja, haha, paksu aku ada la ajak aku untuk jaga anak dia, tapi aku pulak segan la nak duduk rumah dia, haha.. so sekarang aku baru tahu, susah jugak eh nak cari kerja, hmmm..

Hari ni pulak, hari keramat buat sepupu aku yang paling hot ni, kononnya ramai sangat peminat dia, eceh, haha, nama dia Rashdan Safuan. entah betul entah tidak aku eja nama dia.. haha. hari ni besday dia yang ke 21 tahun,, hmm, besar dah dia ni, haha, dulu ingat lagi duk main aci ligan sesama kat umah tokwan, haks. dia kerja apa tu orang panggil, dresa. dokter kat klinik klinik desa tu. eh iyeke, haha. hentam je la , lebih kurang mcm tu la pekerjaan dia, ok , dia memang suka bajet hensem.. family kami panggil dia oden.. btw gua nak wish ni, haha, Selamat Ulang Tahun ya oden, wish u goodLuck, may Allah bless u always, dan moga hang insaf dan tak mengorat para nurse ya, haha, dan tolong insaf mengorat pesakit hang.. aku tahu hang segak.. hot nak mampuih.. haks, jaga solat ya, tingkatkan iman dalam diri ya.. aku sayang hang woii ~ maaf la aku curi gambar hang, btw aku rasa gambar hang yang ni paling baik pun, haha..



Ok stop pasal sepupu aku ni, esok dah masuk 2014 right ? aku tengok ramai pulak cakap pasal azam tahun baru.. hmm.. azam gua simple ja,, gua nak jadi orang yang lebih berguna :) haha.. wahai tahun 2013, tahun ni tahun yang paling banyak aku luangkan masa dengan buku buku sekalian, haks, 2013 akan pergi dan 2014 bakal menjelma .. Syukur alhamdulilah, aku masih lagi bernafas di muka bumi Allah ni, syukur la :) Selamat tahun baru semua.. 2013, I'll miss you.. semua yang berlaku dalam 2013 sangat membuat aku lebih matang , eceh . haha

Selamat Tinggal 2013, Assalamualaikum 2014 :)


Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

30 December 2013

22 Disember 2013


Ehem ehem, setiap kali aku terasa nk update blog, mesti aku terfikir, apa yang aku nak update ni? pastu aku mesti terfikir apehal otak aku kosong gila gila sampai tak ada idea langsung tuk update, pastu aku pun jadi gelong pastu aku pun bosan dan akhirnya layan running man je la, haks ~ Tapi tapi tapi , harinya gua ada cerita untuk update, haha.. wah excited kau, actually bagi aku entry kali ni maybe special sikit la, sikir jerww ~ entah la aku pun taktahu nak mula acana kan, tapi aku nak jugak share benda ni dengan pembaca sekalian, heuw heuw ~ lets go ! baca la baca la ..

Story dia acani, pada 6 Disember, ada family days kat Pantai Teluk Senangin, almaklum la, setiap tahun family besar gua akan ada kan hari untuk mengeratkan silaturrahim antara saudara saudara sekalian la, ok serius memang best gila, macam macam aktiviti la duk ada, aktiviti untuk kekanak, aktiviti untuk para remaja dan aktiviti untuk org veteran, ecewah. haha, ok memang syok nak habaq mai ni, itu aktiviti disiang hari, dikala malam menjelma pulak, ada BBQ, bakar daging, bakar sosej, bakar jagung dan bakar ikan keli.. tapi aku malam tu memang penat tahap nak mampuih, gila mandi laut dengan nak jaga anak kakak aku lagi, terpaksa dukung depa dalam air, punya nak bagi anak buah main air laut la, haha, biasa la, tahun lepas pergi pantai gua takboleh mandi sebab bertongkat, paha punya pasai takpe la , so tahun ni gua mandi puas puas la, haha. pastu pastu kan kan, ada aktiviti untuk semua golong bercampur perempuan lelaki semua masuk, haha, aktiviti ini la dinanti nantikan.. bola baling pantai, tapi gua takmain pun, takboleh lari lagi, atas arahan dokter gua dari kelate nuh.. laaa ~ lupa pulak nak bagi tau, haha. mak aku ada la bawa dua org anak angkat dia, nama depa nama depa... Syafiq dengan Harith.. depa ni kawan abg aku dari uitm.. masa main bola baling pantai tu, aku duk tepi pantai, gila penat tahap gila main air punya pasal, so gua rileks rileks sambil tengok mak gua lari lari, comel ok.. mak gua, opkoss la. haha.. pastu pastu mak aku keluar, entah la kenapa, aku pun sebenarnya takfaham. haha, tukar player maybe. pastu start main balik, mak aku terjerit terpanggil tersebut sebut nama syafiq ni, aku pun usha la, makhluk yang nama syafiq ni, dia pakai baju hijau masa tu, warna fav kakak gua ok, hahah. masa aku tengah usha tu, tetiba dia senyum.. eh ! haha, hensem kau, baru aku sedar kawan abg aku hensem rupanya.. haha. ok stop..

Pada malam kala pulak, aku memang bertempek sebelah abg aku, yeah ! sebab aku sayang gila gila abg aku sorg ni, abg aku sorg ni ja ok, dia la hero aku no 2 dlm family aku ni , 1st hero bapak aku la, haha.. pada malam tu kan, ni nak habaq mai, aku ada la jugak usha syafiq ni, haha, yela, mak aku risau sgt anak angkat dia takmakan, sampai kan aku boleh jeles la -.- serius aku jeles, mak aku layan depa mlm tu, haha. eh, disebabkan tangan aku sgt sakit teramat, so mood aku malam tu tersangat la down, memang muka aku masam gila, tapi mkn tetap mkn , haha, siap main suap suap sosej kat abg aku lagi, eceh, haha. pastu keesokkannya, kami nak balik, sebelum balik rumah, family aku, family paksu dgn family paklang, kami p bershopping dulu kat lumut, family yang lain semua dah pulang, dan kami bershopping dulu la , aku tak beli apa pun, aku tengok biasa ja, apa yang dishoppingkan entah la, haha, masa shopping2 tu, aku ada la jugak terpandang pandang syafiq ni, haha, ok gedik, actually biasa la, mata aku, suka aku la nak pandang apa pun kan, haks.. ok gua kurang ajar -.- 

Eh, baru aku perasan kenapa aku story pasal Family Days pulak ni, haha, k la, sini aku story pasal syafiq pulak , sebenarnya dia bakal suami aku, eh, haha, mula mula acani, dia ada add aku kat pesbuk, dan aku approve la 11 Disember, haks, ok aku gedik, aku sedar, haha, pastu kan ,, aku chatting2 la dengan dia sekejap, sekejap eh? haha, pastu takchatting, pastu 15 Disember kami mula chatting balik, haha, pastu hari hari la chatting, pastu dia minta no aku bagai, pastu dia mula berkata kata manis dekat aku, cakap nak curi hati aku bagai, eh, aku pun terfikir dia nie dah kenapa, last last dia jujur dengan aku, dia suka aku, ok aku dah gila masa tu, haha.. aku cakap kat dia kalau nak kawan kalau berani kena tanya kakak aku atau abang aku , pastu pastu dia add akak aku kat wechat, pastu dia tanya kakak aku, serius aku taksangka dia buat betul, aku ingat dia main main je, rupanya dia tanya betul, haha, ok respect la, pastu pastu kami watsapp watsapp setiap hari, dan bermula la cerita kami berdua pada 22 Disember 2013, oh ya sambung balik , lepas dia tanya kakak aku, esok tu, akak aku bagitahu mak aku, pastu esok tu abang aku baca watsapp aku dgn dia, dan semua dah terbongkar dan hehe, alhamdulilah... 

Untuk dia, hello awak tu, boleh tak kalau nak tidur bagitahu la sy dulu eh , penat la nak tunggu lelama :( penat? haha, la sgt ~ sy sayang awak, haks, even sikap yang pelik, eh pelik ke? entah, haha, Tapi tapi awak minat Man.United, sy Chelsea :( sedih tak sama, takboleh la nak bersorak sesama, takboleh la nk ajak awak pergi tgk chelsea lawan kat stadium, ecewah, haha. Jaga diri bebaik, jangan mengorat perempuan lain eh, haha, study leklok, hehe, IloveYou, muah muah muah ~ ok gua dah gedik tahap bangang, haha. sekian ~



Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

24 December 2013

Kebosanan


Hai peeps ! gua pun taktahu nak update apa dekat blog ni, tapi ramai pulak tanya aku, bila nk update blog? kenapa takupdate blog? dah update ke blog? mana blog? erk, mereka yang bagi sy tekanan.. wahai manusia yang dihormati sekalian.. aku memang dah rasa kekok nak update blog ni,, sejak menjak habis spm ni.. memang otak aku dah kekosongan selaras dengan hati aku sekarang.. kosong kosong.. oh tetiba masuk soal hati pulak.. gua memang jiwang sikit sejak sejak ni.. eh ya ka? -.-

Apa pun adakah anda sihat? saya alhamdulilah sihat... almaklum lah pelajar lepasan spm.. haha.. ok pulun nak habaq tu..btw aku teramat la bosan duk kat rumah, balik balik ngadap laptop ngadap phone ngadap makanan, eh.. haha.. btw aku rindu nak pergi sekolah, rindu nak pakai baju sekolah, pakai kain sekolah yang mengalahkan pengantin yang boleh sapu lantai means here aku pakai kain labuh, eh labuh ka? labuh la jugak.. hahah.. sesapa yang pakai kain singkat memang kena perli habis habis dengan aku senior yang amat kuat memerli junior.. akak mintak maaf ya sayang sayang sekalian.. 

Aku rindu sangat nak sembang dengan cikgu Adilah, rindu nak gossip dgn cikgu Amieza rindu nak lawan cakap dengan cikgu Salman, rindu nak perli cikgu Arsalan, rindu nak jejalan kat bilik guru.. rindu nak makan dalam kelas.. rindu nak buat riuh dekat kelas, rindu nak usik cikgu Fitri, rindu nak belajar math dgn cikgu fitri dgn cikgu adilah, rindu nak koyak kertas seni cikgu zulia, rindu nak tembak soalan sejarah yang cikgu manisah bagi,, rindu nak sapu sampah kat kelas,,eh. haha.. rindu speaking dgn sir johnny.. rindu nak tgk cikgu manisah buat muka masa mengajar.. wahh ! gua rindu itu semua .. boleh tak nak sekolah lagi ? tanpa belajar tanpa ada tekana belajar tanpa ada kerja sekolah tanpa tanpa tanpa ... haha .. rindunya nak tolak moto lc aku masuk sekolah.. rindu nak lap moto aku masa dah parking moto... rindunya nak menyempit dekat moto org.. hmm..

Untuk dia, ehem ehem, tetiba pulak aku rasa nak berjiwang dalam entry ni, eh peduli apa aku kan? haha,, blog aku right? jeng jeng jeng.. untuk kawan abang aku, dan merangkap ehem ehem aku, haha. terima kasih sebab serius, anda dah buat saya bahagia ok, anda dah berjaya buat saya tersenyum anda berjaya, tahniah! sayang awak b... hehe

Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

6 December 2013

FREEDOM


Oh peeps ! Seriously I miss you , eceh , ehem ehem , why so kekok nak update . Gila ! yes , lama gila aku tak ngadap blog aku , oh my God , HAHA , Welcome Back Alia ! In Shaa Allah , aku cuba la aktif balik mengupdate blog ni memandangkan SPM pun dah habis .

Kehidupan aku biasa ja , haha , ok aku dah mula nak bercerita . mohon jangan muntah baca cerita aku , yang mana meluat benci or menyampah maybe , sila jangan datang blog aku lagi , haha . aku sedang menghalau ni , mohon terasa kepada my haters , haha , 

2 Disember 2013 aku tamat sekolah , tamat jadi senior di Smk Alor Pongsu , tamat la sebagai senior yang jahat ! senior yang suka marah , senior yang suka berlawan , senior yang suka perli orang , senior yang peramah , senior yang suka cari pasal dan sewaktu dengan nya , tahun depan junior dah takjumpa la kakak PRS ni bising kat perhimpunan , taktengok dah la geng kakak ni pergi dataran lambat , taktengok dah la kakak ni tolak moto lc masuk sekolah , taktengok dah la kakak ni buat muka masam pepagi , haha , ok , And I'll miss this moment , semua kenangan bersama kelas 2A1 , 3A1 , 4Ekonomi wif 5Ekonomi sentiasa dalam hati , eceh ayat . haha . Lepas ja paper akhir 2.12.2013 , memang rasa oh yeh ! I'm Freedom ! haha , tapi tetap rasa sedih ok nak tinggal sekolah ni , goodbye school :')





Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

7 August 2013

Salam Lebaran


Wahai semua manusia yang dikasihi , syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku dengan tenaga yang agak tak berapa nak rajin ni untuk menghupdate blog setelah sekian lamanya aku tinggalkan , alhamdulilah sangat aku mendoakan anda semua berjaya dalam hidup , eh! 

Act, aku terlalu sibuk dengan study , kononnya --' err , saya tak tipu ok. Memang banyak sangat tekanan bulan ni. Aku nak trial SPM >.< tapi alhamdulilah la , dah banyak yang aku ulangkaji but tetap ada juga topik topik yang aku benak sangat nak faham nya , apa ke payahnya topik tu , tensyen kami tau :(

Haks! bukan pasal exam aku nak cerita sebenarnya, ini pasal bulan ramadhan dan bulan syawal :') serius aku terasa cepat sangat bulan puasa nie , terasa cepat sangat sangat masa berlalu, Ya Allah , bulan mulia dah nak pergi pun , dan syawal pulak yang tiba. hari nie hari terakhir untuk kita berpuasa , hope ini bukan ramadhan yang terakhir untuk kita semua , moga kita semua dipanjangkan umur dan berjumpa kembali bulan ramadhan tahun 2014. Amin ~ 

Kini tiba masanya , kita berhari raya blablabla --' Berdentum dentum dah aku dengar dekat sini , Memekak ja orang lain nak tidur , Eh ! macam aku ni tidur awal ja , haha , err apa pun memang memekak , tak suka tahap gila bunyi meletup meletup nie , baik duduk rumah baca al-Quran , kan bagus mcm tu , alhamdulilah , aman raya ni , hospital pun kurang pesakit akibat mercun -.-

Kepada my lovely lovely lovely family , I love u all so damm much, org minta maaf ya, buat mak ayah , org syg mak ayah sangat sangat ! org minta maaf ya , mungkin TERberlaku org tak beradab ka apa ka, mesti ada la kan , hope mak ayah faham , org stress gila nak spm ni , thankz mak salu bagi kata semangat setiap pagi, thankz ayah menghargai setiap apa yang org buat , thankz so muchhhh, muahh ~ to my sibling2. I so sorry, please ! forgive me! jyeah ! duit raya jangan lupa, sayang hampa.....

Btw, aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, maybe ada terkasar bahasa, terlanjur kata, terkata kata dan segala TER la kan. Biasa la , manusia memang tak lepas dari buat kesilapan, rite ? kepada "HANG" aku minta maaf , yela aku kan pernah maki hang bagai disebabkan dia , tak pasal pasal hang jadi mangsa, kesiannya awak --' aku memang cadang nak anta msg dekat hang nak minta maaf, ye la , kita kan nak SPM , tapi tapi tapi , aku terasa malas nak anta msg kat hang , tgk la macam mana nanti ye adik manis , kalau hang baca nie pun lagi bagus , senang ! aku betul betul minta maaf , aku doakan hang dgn dia bahagia en berjaya dalam SPM nanti okeh ?..

To my Beloved friends ! Nadzirah , Wan Atiqah , Syahadah , Nurul Ain , Suhaira and Adila , Maafkan aku , maybe aku selalu marah hampa , terutamanya time study Math , Oh dalam hati mesti hampa asyik kutuk aku kan ? haha , maaf kan saya sebab jadi cikgu math yang agak terlalu garang, I love u all, terima kasih teman aku saat aku sedih dan gembira , sanggup teman aku masa aku tengah menangis ,  kononnya sedih tahap tak boleh tahan la tu , haha , sayang hampa, Aku doakan kita semua berjaya ok , belajar elok elok, tak faham sesuatu kita bincang sesama ya, Jujur pada diri sendiri , yakin kita boleh buat , yeah ! SPM ! semangat pulak aku , haha. 

ok Last ! buat semua pembaca yang pernah jenguk jenguk blog aku nie , Selamat menyambut hari raya , aku minta maaf maybe hampa terasa dengan entry aku nie , ye la kan , ayat aku memang ada yang agak agak pedas , mohon maaf ya , salam lebaran salam aidilfitri. terima kasih , assalamualaikum :)

Sekian ...



Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

28 July 2013

Salam Ramadhan..

hi







ok , selamat berpuasa semua ..

sekian :)




Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

25 May 2013

Best sangat kah ?

hi


 Hai Pembaca dihormati , apa khabar anda ? ehem-ehem , dulu vanilla coklat , lepas tu entah , lepas tu entah , dan lepas tu hangat pulak cerita kat atas nie , eh ! best sgt ka ? aku ada la terbaca novel dia , Mmmm ~ boleh tahan la , aku rasa novel is better dari drama , maybe citer nie TERlebih hangat sbb ada izzue islam kot ? haks , segak kan dia ? awwww ~ haha , tak habis - habis si kawan aku nie asyik citer pasal nie ja , kawan kat kedah , perak sama ja , eh ! citer nie best , citer nie best ! dah nak pekak telinga aku nie asyik dengar cerita yang sama , Bosan ~ cepat - cepat la habis cerita nie . haha , jahat kan ? biarkan ~ ada aku kisah ... hik . 

Oh ya ~ Selamat bercuti kembali yeah ~ bercuti la hampa sepuas-puasnya , cukup masa datang la sekolah balik k , jangan berhenti sekolah teruis , ishh ~ fikir la masa depan hampa tu , jangan fikir seronok sekarang ja , mak ayah hampa pon bukan boleh sara hampa sampai hampa tua nanti , nanti hampa dah besar dah berjaya, hampa pulak yg sara mak ayah hampa tu , belajar la rajin rajin ye . :)

Sempena cuti sekolah nie , ada 6hari kelas tambahan , ayooo ~ penat-penat , belajar belajar dan terus belajar . tak pa , tahun nie ja , haks . but , nasib la homework tak banyak , sayang cikgu ! haha . 

sekian ~



Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

12 May 2013

Happy's Today

hi

Hey pembaca , lama kita tak jumpa ye , haks . maaf saya sibuk . Saya skrg berada di alam kesibukan yang agak parah . Jadi payah juga la nak menghupdate blog nie . Dan ini pon hanya la entry ringkas . Terasa malas gilak nak menghupdate . huh ~ 

Selamat Hari Ibu ... to my mom Faridah Binti Awang
Hope may sentiasa senyum , kalau ada masalah share la dgn anak-anak mak nie , kami sentiasa ada untuk mak , kami sayang mak sangat-sangat . Mak jangan suka simpan masalah sorang-sorang . Nanti mak pening , kami tak mau aih mak sakit . MAK , u is the best mom in the world ! I'm really really really love u so much ! mak sentiasa ada masa kami sakit , masa kami ada masalah , kalau anak mak nak apa , mak tetap usaha untuk dapatkannya . u are the best ! Maybe kami nie nakal terlebih , tapi kami tetap cuba jadi yang baik untuk mak , kami akan cuba gembirakan mak walau apa pon , terima kasih mak , terima kasih sangat-sangat , jasa mu kami akan kenang sampai bila-bila . I love u ~


That's my Lovely PARENTS :)


To my Best FRIEND Nurul Ain Binti Azmi ! Happy besday dear ~ Wish u go0d luck , err ~ maaf lah , tahun nie tak ada hadiah untuk hang , haks ~ besday hang jatuh tarikh kita exam , so aku tak sempat la nak pih cari hadiah untuk hang . hanya mampu wish gitu . ala , rileks la . nanti aku pergi bercuti aku cari la hadiah . itu pon kalau aku ingat ye sayang . Ain , aku sentiasa doakan yang terbaik untuk hang , hang sendiri tahu , aku sayang hg nak mampoih , walaupun aku selalu marah hang , tapi adakalanya aku backup hang kan , haha ~ last , HAPPY BIRTHDAY Ain :)


That's ma GIRL :)


sekian..



Terima kasih sudi baca Entry Ini :)

14 April 2013

Penat itu pasti ~

hi

Hey pembaca yang disanjungi , apa khabar ? sihat ? harap sihat la ea . err ~ aku TERkonpius ,tak tahu nak karang ayat apa untuk entry nie , yang pasti abang aku dah pulang ! selamat kembali ea wahai abg aku yg disygi , hik . kau makin ensem tau ! haha , ok stop cerita pasal abg aku , now aku nak cerita pasal hari nie , err ~ aku kena kawad derr ~ benci gilakk bag hang ! dah la tulang aku belum sembuh sepenuhnya lagi , oh sakit , naseb kawan aku boleh bawa motor , risau pulak aku nak bawa motor dengan kaki aku yg sakit nie , then byk gila homwork nk kena buat , disebabkan kawad terus tertangguh aku punya homework . waahhhh ~ tesyen habaq hang , tak suka gila situasi mcm nie , buat aku lagi sakit kepala ja . err ~ btw , aku memang malas nak karang ayat pepanjang ,  aku serta gambar untuk santapan anda , tengok la ea . 

6 April 2013


































Ini time pergi karnival jom masuk u dekat kuala kangsar , perak . btw tak sempat nak take gambar masa kat karnival tu , sesak ! ramai gila org . haha . yang sempat masa pergi galeri sultan ja . anyway ! aku jumpa dia ! haha . kawan lama ! ! 

8 April 2013










For my adek yang TERlebih manja nie , Happy besday weh ! yang ke 13 tahun , semoga dimurahkan rezeki , sihat dan dapat naik kelas no satu ! hak ! 

10 April 2013







 

Ini semuanya kerana kami berdua dah bosan duduk dalam kereta , makan minumm then tido , then ulang benda yang sama , disebabkan aku teringat camera aku yang comel nie , terus aku menggila dengan adek aku nie hah ~ haha . aku baru lepas stress akibat kena cucuk empat kali gara2 nak ambik darah bagai . err ~ kepada doktor ensem aku tu , thankz yang teramat sangat , sebab dah merawat saya dari masuk hospital tu , kena operate boh besi then sampai la buang besi , pergi setiap bulan utk trima rawatan susulan , tak pernah jemu nasihatkan saya supaya berhati hati bagai , terima kasih sgt2 ! doktor memang terbaik la ! kepada pengarah doktor ortopedik tu ! anda tersangat la baik , walaupun kita jarang meet , but u so awesome ! baik sgt2 ! thankz ea . And kepada nurse praktikal yg rawat sy dlm wad tu , walaupun asyik usik sy kan , asyik buat sy rasa nk marah kan , asyik check tekanan darah sy , asyik tanya sy dh mkn ke belum tu , asyik nk cucuk sy ja tu kan , asyik check suhu badan sy , terima kasih byk2 ~ anda memang ngada2 and penyayang gila ! syg gila anda ! hik , kepada abg naim ! jyeah ! anda memang menyakitkan ati , suka sgt buat sy rasa menyampah ! asyik nk usik sy je kan , asyik nak ugut nak cucuk sy je kan , anda memang jahat ! hahah , but anda sgt la manja ! err , manja ke ? tak ada la , anda awesome , thankz ea teman sy ketika dlm wad , thankz buat sy rasa happy , jyeah ! hope korang semua mendapat balasan yang terbaik untuk masa akan dtg kerana dah pon merawat sy dengan baik sgt :') I love u all !

sekian :)













Terima kasih sudi baca Entry Ini :)